Saturday, December 22, 2012

Trip To China

Assalamualaikum semua :)

Hari terakhir exam hari Sabtu malam dari jam 7.30 sehingga 9.30. First time exam malam. Mengantuk! Selesai sahaja exam terakhir tu, perut berirama rock dangdut kelaparan sebab sebelum exam tak ada selera nak makan. Pergilah kami ke Jollibee beli Spaghetti. Nasib baik buka masih kedainya. Terliur nak makan Spaghetti jugak malam-malam tu.

Sesampai kat rumah, packing luggage sebab pagi hari kami berangkat pergi China. Macam-macam makanan sumbat masuk dalam luggage sebab kononnya bakal tak terjumpa restauran Halal di sana. Kami landing kat Hong Kong dan lepas tu masuk China. Perjalanan nak sampai ke Guang Zhou tu memang adventurous sangat.

Barang-barang kat Guang Zhou fuhlamakkkkk murah-murah

Yang sempat dibeli: wallet, handbag, luggage bag, shawls, jam. topi, earpiece, kacamata hello kitty (please jangan gelak ye, memang tak padan dengan umur nak beli macam budak-budak).  

-Beijing Lu, Guang Zhou-


-Beijing Lu, Guang Zhou-

-ewahhhhh sempat bergambar dengan miss2 ni, mereka memang comel, kan?-


Restauran Halal banyak kat Guang Zhou. Gerai-gerai Halal pun ada jugak dan sempat lah jugak kami beli kebab dan mee goreng. Kami singgah kat Abdullah Restaurant dan Al-Madinah Restaurant. Alhamdulillah sedap-sedap sungguh! HAH!!! Stok makanan yang penuh kat dalam luggage tu apa kes? Hehehe akhirnya mahu tak mahu kami makan sahaja bekalan kami walaupun kami kenyang. 


-hah kan dah kata makanan Halal ada hehehehe-


Memandangkan cuaca kat China tu sejuk, kesimpulannya baju, seluar, kasut semuanya khas untuk musim sejuk. Tak beli baju pun. Its ok, rasa rimas nak testing-testing baju. :)

Communication.. Hmmmm susah sikit. Kakak handal berkomunikasi pakai 'body language'. Kekadang tu gelak sahaja tengok aksi 'body language' kakak dengan penjual kedai.

Lepas beberapa hari di Guang Zhou, kami berangkat ke Shenzen. Harga kat ni, agak mahal berbanding dari Guang Zhou. Nasihat dri Cik Pkah, kalau nak beli barang-barang, belilah di Guang Zhou ye... Kat Shenzen pun ada restauran Halal. Sedap lah jugak. 
-Shenzen-

Last day of travelling kami ke Hong Kong. Yang paling cool di Hong Kong adalah jambatan mereka panjang, siap ada cornering.  Communication dengan orang-orang Hong Kong ok tak susah sangat. 
-Hong Kong-


Oh ye, kakak sambut birthday yang ke xx tahun kat China. Wahhh bestnya sambut birthday time travelling. Happy belated birthday kakak. Stay comel ok :) You are the one and only, the best sister ever!!!! 

-gambar ni diambil semasa kat lobby sebelum bergerak pergi Shenzen-

-gambar ni... saja nak upload hihihihi ^_^-


Setakat ini sahaja nak cerita pasal trip ke China. Sorry kalau nama-nama tempat tu salah. Enjoy reading peeps!