Wednesday, December 9, 2015

Bumi Korea (bahagian 1)

Assalamualaikum para pembaca sekalian :)

Ok ingat tak aku nak cerita aku belajar ke Korea? Waktu tu tahun 2013. Aku dicalonkan untuk ke Gangneung-Wonju National University. Alhamdulillah dapat. Dimulakan dengan isi-isi borang dan kemudian buat pemeriksaan kesihatan. Segalanya berjalan dengan lancar apabila dapat surat tawaran, terus beli insuran, visa dan setentunya berkenalan dengan rakan-rakan yang terpilih ke universiti yang sama melalui Facebook dan WhatsApp. Akhirnya pada tanggal 28/08/2013 kami berenam pun belayar meninggalkan keluarga dan tanah air. Aku, Faiqa dan Hani memilih Royal Brunei Airlines dan interlined dengan Malaysian Airlines manakala Adi, Ryan dan Aini pula menggunakan Singapore Airlines. Alhamdulillah, kami tiba di tanah Korea Selatan pada 29/08/2013 dalam jam 7 pagi. Penerbangan berbeza tapi waktu touched down tu 15 minit beza sahaja,

Dimulakan perjalanan dengan perkenalan beberapa orang Korea hasil kenalan dari Ryan. Mereka membantu kami mengheret luggage kami sehingga ke rumah tumpangan di Hongdae. Dalam keadaan hujan gitu, dalam jumlah luggage yang banyak (dah macam nak pindah rumah sahaja banyaknya).. waktu itu nak menangis pun tak guna, Nak nangis macam mana, keluarga jauh ku tinggalkan. Hidup di perantauan, baru sahaja bermula. Masih segar di telinga akan kata-kata Faiqa "this is the worst ** ever". Hehe maaflah, kena censored sikit. Badan aku pulak dah merah-merah gatal sebab elergik hujan. Hani pulak poker face cakap gini "kalau sakit, nanti kena hantar balik". Hati kena teguh!

Setibanya di rumah tumpangan, rehat sejam sebelum ke embassy untuk melapor dan aku mula update keluarga dengan wifi yang ada. Tangisan di tahan dan aku hanya katanya 'im fine' dan sejujurnya aku beritahu eyh aku ni memang anak manja. Walhal aku beritahu kaka "kaka ingat ngalih tani naik turun masa di China? ani lagi ngalih ka. pasal luggage banyak per person, jauh lagi bejalan, hujan2 lagi ka. jangan bagitahu ibu" which i found out later yang kaka beritahu ibu lah jugak. 

Lepas mengalas perut dengan mi sup Korea, kami pun memulakan langkah menuju ke embassy. Fuh fuh fuh mahu naik turun bus dalam 5 kali, 3 kali tukar-tukar subway. Penat doh. Agaknya sekilo berat badan ni kut turunnya. Cun cun kami datang tu. 5 minit lagi nak tutup. Nasib baik sempat. Setelah selesai urusan kat embassy, kami mulalah explore Myeongdong. Aku pulak entah, tak faham aku bahasa Korea ni. Hahahaha. Menahan hati dri membeli-beli, cuma tengok2 sekeliling dahulu. Malamnya kami kembali semula ke guesthouse tu. 

"Ryan. Pakai van eh esuk, Kami sanggup bayar" HAHAHAHA pengalaman sehari penat sangat. Besoknya kami pun jumpa dengan Sylvia, orang incharge untuk kumpulkan pelajar-pelajar asing macam kami ni untuk di bawa ke universiti. Nanti-nanti lah lagi kalau ada masa, aku sambung cerita :)

Rindu Korea, rindu Gangneung, rindu Gangneung-Wonju National University. Semoga aku ada peluang untuk kembali universiti itu lagi sekali. Mungkin hanya sekadar nak jalan-jalan. Tak salah kan hehehehe.