Wednesday, December 9, 2015

Bumi Korea (bahagian 1)

Assalamualaikum para pembaca sekalian :)

Ok ingat tak aku nak cerita aku belajar ke Korea? Waktu tu tahun 2013. Aku dicalonkan untuk ke Gangneung-Wonju National University. Alhamdulillah dapat. Dimulakan dengan isi-isi borang dan kemudian buat pemeriksaan kesihatan. Segalanya berjalan dengan lancar apabila dapat surat tawaran, terus beli insuran, visa dan setentunya berkenalan dengan rakan-rakan yang terpilih ke universiti yang sama melalui Facebook dan WhatsApp. Akhirnya pada tanggal 28/08/2013 kami berenam pun belayar meninggalkan keluarga dan tanah air. Aku, Faiqa dan Hani memilih Royal Brunei Airlines dan interlined dengan Malaysian Airlines manakala Adi, Ryan dan Aini pula menggunakan Singapore Airlines. Alhamdulillah, kami tiba di tanah Korea Selatan pada 29/08/2013 dalam jam 7 pagi. Penerbangan berbeza tapi waktu touched down tu 15 minit beza sahaja,

Dimulakan perjalanan dengan perkenalan beberapa orang Korea hasil kenalan dari Ryan. Mereka membantu kami mengheret luggage kami sehingga ke rumah tumpangan di Hongdae. Dalam keadaan hujan gitu, dalam jumlah luggage yang banyak (dah macam nak pindah rumah sahaja banyaknya).. waktu itu nak menangis pun tak guna, Nak nangis macam mana, keluarga jauh ku tinggalkan. Hidup di perantauan, baru sahaja bermula. Masih segar di telinga akan kata-kata Faiqa "this is the worst ** ever". Hehe maaflah, kena censored sikit. Badan aku pulak dah merah-merah gatal sebab elergik hujan. Hani pulak poker face cakap gini "kalau sakit, nanti kena hantar balik". Hati kena teguh!

Setibanya di rumah tumpangan, rehat sejam sebelum ke embassy untuk melapor dan aku mula update keluarga dengan wifi yang ada. Tangisan di tahan dan aku hanya katanya 'im fine' dan sejujurnya aku beritahu eyh aku ni memang anak manja. Walhal aku beritahu kaka "kaka ingat ngalih tani naik turun masa di China? ani lagi ngalih ka. pasal luggage banyak per person, jauh lagi bejalan, hujan2 lagi ka. jangan bagitahu ibu" which i found out later yang kaka beritahu ibu lah jugak. 

Lepas mengalas perut dengan mi sup Korea, kami pun memulakan langkah menuju ke embassy. Fuh fuh fuh mahu naik turun bus dalam 5 kali, 3 kali tukar-tukar subway. Penat doh. Agaknya sekilo berat badan ni kut turunnya. Cun cun kami datang tu. 5 minit lagi nak tutup. Nasib baik sempat. Setelah selesai urusan kat embassy, kami mulalah explore Myeongdong. Aku pulak entah, tak faham aku bahasa Korea ni. Hahahaha. Menahan hati dri membeli-beli, cuma tengok2 sekeliling dahulu. Malamnya kami kembali semula ke guesthouse tu. 

"Ryan. Pakai van eh esuk, Kami sanggup bayar" HAHAHAHA pengalaman sehari penat sangat. Besoknya kami pun jumpa dengan Sylvia, orang incharge untuk kumpulkan pelajar-pelajar asing macam kami ni untuk di bawa ke universiti. Nanti-nanti lah lagi kalau ada masa, aku sambung cerita :)

Rindu Korea, rindu Gangneung, rindu Gangneung-Wonju National University. Semoga aku ada peluang untuk kembali universiti itu lagi sekali. Mungkin hanya sekadar nak jalan-jalan. Tak salah kan hehehehe.




Friday, July 31, 2015

Coretan 4 Tahun Universiti

Bismillahirrahmanirrahim

Aku mulakan post kali ini dengan semangat yang baru (maybe). Kalau selama ini blog ni ada pembaca, aku sangat-sangat berterima kasih sebab sudi menjenguk dan menghabiskan beberapa minit dari masa anda untuk blog ini.

Blog ini terhasil sebab 'saja2' nak buat blog. Banyak cerita yang aku post termasuk hal-hal kecil. Sejujurnya beberapa hari lalu, aku telah buat kempen kebersihan dengan semua post dalam blog ini. Aku boleh gelak dengan segala post yang entah apa itu. Jadinya aku tinggalkan beberapa post yang kiranya OK untuk aku dan OK untuk aku public-kan.

InsyaAllah aku bakal graduate bulan September ini. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Alam Sekitar. Aku tak tahu macam mana nak cerita tapi perjalanan aku selama empat tahun di universiti memang banyak pahit manis nya. Best. 

Tahun pertama, aku cuma bergaul dengan kawan-kawan dari MS yang kebetulan masuk universiti yang sama. Cuma Fatimah sahaja yang sama kursus dengan aku. Nak buat kawan baru tu susah sebab ramai dah ada geng masing-masing. Aku tawakal menempuhi tahun pertama dengan sedikit kawan tu. Hehe.

Tahun ke dua, aku semakin kenal orang-orang sama kursus dengan aku. Adalah beberapa orang, tak semua. Tahun ke dua ni aku sibuk dengan urusan Discovery Year. Alhamdulillah I was nominated to go to Gangneung-Wonju National University of South Korea. Hah ambik kau! Ke korea ke kita? Bahasa sepatah perkataan pun aku tak faham. Eh bolehlah faham dari drama. Saranghaeyo, kamsahamnida, annyeonghasaeyo. InsyaAllah nanti aku post kisah aku di Korea.

Tahun ke tiga, satu semester aku di Korea tu dan satu lagi aku internship di NDMC Brunei (google, malas type, panjang namanya). Sebenarnya aku dicalonkan untuk internship di MR Singapore tapi tak berjaya walaupun aku isi borang dua kali kalau tak silap. Lepas tu aku di calonkan internship di Taiwan. Begitu begini aku membuat keputusan untuk internship di NDMC. Manusia mampu merancang, Allah menentukan :) Mungkin kalau ada masa aku akan coretkan kisah internship di blog ini nanti.

Tahun ke empat. I went through ups and downs. Tak terkira. Ada modules yang susah giler ada yang so-so dan ada yang senang sikit. Banyak group projects. Kadang-kadang rasanya kalau boleh nak tidur makan kat uni supaya cepat siap kerja. Alhamdulillah, aku lulus peperiksaan. Markah? Biarlah aku simpan sendiri. 

Dengan sebulan lebih lagi ke acara graduation, aku berazam 1hb Ogos ni untuk diet. Haha entah menjadi atau tidak tapi kena yakin dan kena buat jugak! 

Ok setakat ini sahaja coretan hati. InsyaAllah ada masa dan wifi connection, adalah aku nanti.




Saturday, December 22, 2012

Trip To China

Assalamualaikum semua :)

Hari terakhir exam hari Sabtu malam dari jam 7.30 sehingga 9.30. First time exam malam. Mengantuk! Selesai sahaja exam terakhir tu, perut berirama rock dangdut kelaparan sebab sebelum exam tak ada selera nak makan. Pergilah kami ke Jollibee beli Spaghetti. Nasib baik buka masih kedainya. Terliur nak makan Spaghetti jugak malam-malam tu.

Sesampai kat rumah, packing luggage sebab pagi hari kami berangkat pergi China. Macam-macam makanan sumbat masuk dalam luggage sebab kononnya bakal tak terjumpa restauran Halal di sana. Kami landing kat Hong Kong dan lepas tu masuk China. Perjalanan nak sampai ke Guang Zhou tu memang adventurous sangat.

Barang-barang kat Guang Zhou fuhlamakkkkk murah-murah

Yang sempat dibeli: wallet, handbag, luggage bag, shawls, jam. topi, earpiece, kacamata hello kitty (please jangan gelak ye, memang tak padan dengan umur nak beli macam budak-budak).  

-Beijing Lu, Guang Zhou-


-Beijing Lu, Guang Zhou-

-ewahhhhh sempat bergambar dengan miss2 ni, mereka memang comel, kan?-


Restauran Halal banyak kat Guang Zhou. Gerai-gerai Halal pun ada jugak dan sempat lah jugak kami beli kebab dan mee goreng. Kami singgah kat Abdullah Restaurant dan Al-Madinah Restaurant. Alhamdulillah sedap-sedap sungguh! HAH!!! Stok makanan yang penuh kat dalam luggage tu apa kes? Hehehe akhirnya mahu tak mahu kami makan sahaja bekalan kami walaupun kami kenyang. 


-hah kan dah kata makanan Halal ada hehehehe-


Memandangkan cuaca kat China tu sejuk, kesimpulannya baju, seluar, kasut semuanya khas untuk musim sejuk. Tak beli baju pun. Its ok, rasa rimas nak testing-testing baju. :)

Communication.. Hmmmm susah sikit. Kakak handal berkomunikasi pakai 'body language'. Kekadang tu gelak sahaja tengok aksi 'body language' kakak dengan penjual kedai.

Lepas beberapa hari di Guang Zhou, kami berangkat ke Shenzen. Harga kat ni, agak mahal berbanding dari Guang Zhou. Nasihat dri Cik Pkah, kalau nak beli barang-barang, belilah di Guang Zhou ye... Kat Shenzen pun ada restauran Halal. Sedap lah jugak. 
-Shenzen-

Last day of travelling kami ke Hong Kong. Yang paling cool di Hong Kong adalah jambatan mereka panjang, siap ada cornering.  Communication dengan orang-orang Hong Kong ok tak susah sangat. 
-Hong Kong-


Oh ye, kakak sambut birthday yang ke xx tahun kat China. Wahhh bestnya sambut birthday time travelling. Happy belated birthday kakak. Stay comel ok :) You are the one and only, the best sister ever!!!! 

-gambar ni diambil semasa kat lobby sebelum bergerak pergi Shenzen-

-gambar ni... saja nak upload hihihihi ^_^-


Setakat ini sahaja nak cerita pasal trip ke China. Sorry kalau nama-nama tempat tu salah. Enjoy reading peeps! 

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...


Sebulan sudah kita berpuasa, kini Syawal telah tiba. Alhamdulillah... Saya dan famili saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam dan terutamanya readers yang saya kasihi. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Qalesya (selepas majlis)


Saya suka pose ni. Comel lah baby Lesya!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 19, 2012

Qalesya 7 bulan


Baby Qalesya yg comeiiii sangat2. Usu sayang Lesya. Hari ni dah masuk 7 bulan. :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

Sepanjang Mac 2012

Assalamualaikum semua :)

Yes I know I haven't update my blog recently. I've been very busy with my tight schedule.

Jom2 recap.

Sepanjang bulan 3 yg lalu saya busy tolong kakak saya buat persiapan pernikahannya. Alhamdulillah pada 22hb, kakak selamat dinikahkan...




Lepas tu saya busy dgn field work 30hb.. discuss2 tentang nitrogen cycle.


betul2 habis field work, tengahhari terus chao pergi KK, Sabah untuk beberapa hari.. Shopping sakan wei. shopping kasut!!!! hehehe..


Ni gambar kat KK. Entah kedai makan mana, snapped satu gambar.

At the same time, saya jugak busy dengan CCA saya iaitu bowling..

Lepas tu saya buat field work lagi, kali ini bersama Fatimah!! Sorry yg ni gambarnya masih kat handphone!!!!!

2 minggu lalu saya tak boleh nak jalan. muscle kaki pecah (kata doktor). seminggu lebih tak boleh jalan betul2! huhu :(

Sekian update ringkas dari insan yg selalu sibuk ini.. Selamat membaca :)