Friday, July 31, 2015

Coretan 4 Tahun Universiti

Bismillahirrahmanirrahim

Aku mulakan post kali ini dengan semangat yang baru (maybe). Kalau selama ini blog ni ada pembaca, aku sangat-sangat berterima kasih sebab sudi menjenguk dan menghabiskan beberapa minit dari masa anda untuk blog ini.

Blog ini terhasil sebab 'saja2' nak buat blog. Banyak cerita yang aku post termasuk hal-hal kecil. Sejujurnya beberapa hari lalu, aku telah buat kempen kebersihan dengan semua post dalam blog ini. Aku boleh gelak dengan segala post yang entah apa itu. Jadinya aku tinggalkan beberapa post yang kiranya OK untuk aku dan OK untuk aku public-kan.

InsyaAllah aku bakal graduate bulan September ini. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Alam Sekitar. Aku tak tahu macam mana nak cerita tapi perjalanan aku selama empat tahun di universiti memang banyak pahit manis nya. Best. 

Tahun pertama, aku cuma bergaul dengan kawan-kawan dari MS yang kebetulan masuk universiti yang sama. Cuma Fatimah sahaja yang sama kursus dengan aku. Nak buat kawan baru tu susah sebab ramai dah ada geng masing-masing. Aku tawakal menempuhi tahun pertama dengan sedikit kawan tu. Hehe.

Tahun ke dua, aku semakin kenal orang-orang sama kursus dengan aku. Adalah beberapa orang, tak semua. Tahun ke dua ni aku sibuk dengan urusan Discovery Year. Alhamdulillah I was nominated to go to Gangneung-Wonju National University of South Korea. Hah ambik kau! Ke korea ke kita? Bahasa sepatah perkataan pun aku tak faham. Eh bolehlah faham dari drama. Saranghaeyo, kamsahamnida, annyeonghasaeyo. InsyaAllah nanti aku post kisah aku di Korea.

Tahun ke tiga, satu semester aku di Korea tu dan satu lagi aku internship di NDMC Brunei (google, malas type, panjang namanya). Sebenarnya aku dicalonkan untuk internship di MR Singapore tapi tak berjaya walaupun aku isi borang dua kali kalau tak silap. Lepas tu aku di calonkan internship di Taiwan. Begitu begini aku membuat keputusan untuk internship di NDMC. Manusia mampu merancang, Allah menentukan :) Mungkin kalau ada masa aku akan coretkan kisah internship di blog ini nanti.

Tahun ke empat. I went through ups and downs. Tak terkira. Ada modules yang susah giler ada yang so-so dan ada yang senang sikit. Banyak group projects. Kadang-kadang rasanya kalau boleh nak tidur makan kat uni supaya cepat siap kerja. Alhamdulillah, aku lulus peperiksaan. Markah? Biarlah aku simpan sendiri. 

Dengan sebulan lebih lagi ke acara graduation, aku berazam 1hb Ogos ni untuk diet. Haha entah menjadi atau tidak tapi kena yakin dan kena buat jugak! 

Ok setakat ini sahaja coretan hati. InsyaAllah ada masa dan wifi connection, adalah aku nanti.




No comments:

Post a Comment